Pages

MERLIN | Season 4 | Coming Soon...

Views

As' Salam kepada semua...

Wah...baru-baru ni dah nampak iklan MERLIN season 4 kat tv3..
tak sabar-sabar nak tunggu sambungannye..
Kali ni mesti lagi bestkan...




Saya ni memang minat ngan cite ni..xpenah missss le katakan...tiap-tiap minggu jalan cite dia memang best...


Adakah Raja tahu akan kuasa / sihir Merlin???hahah...


Adakah Prince Arthur dan Guinevere akan bersama??



Apakah kejahatan yang akan Morgana lakukan??...



Mungkin kali banyak muke-muke baru akan keluar...kite tunggu dah lihat sahaje....



Korang Suke Korang LIKE

Panas Baran | SEJUKKAN AMARAHMU...

Views

As' Salam kepada semua...



Hari nak buat entri pasal Marah vs Panas Baran...


Cuba korang tanya pada diri sendiri sama ada korang ni pernah berasa marah atau tidak? tanya juga pada diri korang adakah korang seorang yang panas baran atau sebaliknya? Mungkin korang sukar utk menjawab soalan tersebut ataupun untuk menilai diri sendiri. Jika begitulah keadaannya, apakata korang bertanya pula kepada orang sekeliling, terutama kepada pasangan korang, ahli keluarga atau rakan yang rapat dengan korang. Mungkin hanya dengan cara itu korang perolehi jawapan yang diperlukan.

| PEMARAH |

Mengapa agaknya manusia begitu mudah untuk menjadi marah? Jika keadaan kemarahan kita tidak boleh dibendung, ia akhirnya akan merubah kepada sikap. Sikap ini disebabkan terlalu kerap atau mudah untuk merasa marah. Cuba tanya pada diri kita, boleh atau tidak kita mengawal kemarahan? Jika kita masih boleh mengawal kemarahan, ini menunjukkan kita bukan dari kategorikan orang yang panas baran.


| PANAS BARAN |


Bila kemarahan berganda, maka ia menjerumus kepada tabiat. Pantang silap sedikit, kita terus menjadi marahKemarahan ini tidak dapat dikawal. Ianya secara tidak langsung menjadikan tabiat kepada sikap. Sikap panas baran yang tidak kawal inilah yang akan menjadikan orang di sekeliling tidak boleh menghormati kita. Betul tak ????
Sikap panas baran yang tidak boleh dikawal akan menyebabkan kita tergolong dalam kategori orang berpenyakit. Penyakit ini dinamakan penyakit emosi. Jika ianya tidak dikawal atau dirawat, ia seterusnya akan mengundang kepada gejala-gejala atau keadaan yang lebih buruk. Bayangkanlah apabila kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menyebabkan ada segelintir individu yang sanggup melakukan perkara-perkara seperti mendera mahupun membunuh.

| BAGAIMANA MENGATASI PANAS BARAN |
Jika diikutkan penyakit emosi ini masih boleh dirawat. langkah yang boleh diambil adalah muhasabah diri. Buat penilaian tentang diri. Fikirkan dahulu sebelum memikirkan apa tindakan yang perlu diambil. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu. Memang jika kita fikirkan tentang kemarahan, ia boleh mengundang kepada perasaan marah. Walaupun begitu, fikirkan kembali bahawa wajarkan kita bertindak sedemikian rupa? Matangkah kita dengan sikap yang sedemikian? Eloklah kita selidiki dahulu perkara atau keadaan sebenar. Jangan terlalu mudah mengambil tindakan sebelum membuat penilaian atau penyiasatan. Letakkan diri kita di dalam keadaan yang rasional tanpa dikuasai dengan emosi. Tindakan yang di dahului dengan emosi akan mengakibatkan perkara yang buruk. Bagi mengatasi keadaan ini, kita harus berfikiran waras. Fikirkan sedalam-dalamnya. Fikirkan perasaan orang lain jika kita bersikap marah mengenai satu-satu perkara. Harus diingat bahawa diri kita sendiri berkenaan jika sedemikian rupa bukan?
Cara terbaik, fikirkanlah bahawa setiap daripada kita mempunyai kelemahan dan kekurangan masing-masing. Jadi, jika kita mempunyai sikap panas baran, dengan jelas menunjukkan kekurangan diri kita yang tidak berjaya mengawal diri sendiri. Jika kita mudah marah, ia menunjukkan bahawa diri kita dikawal oleh orang sekeliling.
 Jadi korang fikirlah. Selain itu, korang perlu bersikap positif. Sikap ini dapat membantu korang menangani masalah ini. Korang sendiri boleh mengubah cara hidup, jadi tanyalah pada diri sama ada mahu berubah atau sebaliknya.
Selain itu, bacalah zikir lailahaillaanta..

dan berselawat ke atas Nabi Muhamad S.A.W.


Korang Suke Korang LIKE

HOBI | Kembali...

Views
As Salam kepada semua...

Kali ni xtau nak cite tentang ape..tapi leh le ckit2 dari xde kan...
Ok..ni pasal cuti aritu..ntah camne agknye leh terlintas nak buat hobi lame plak...
ha..nak tau...dulu mmg suke buat benda ni, al-maklumlah skrg ni sibuk plak...
jom MEMANCING....hahaha.puhhh...ble dah dapt rasa semula pegang mancing ni,mmg xnak lepas..nak2 ble dapat ikan lagi la teruja...xdapat besar kecik pun jadik la kan...
ade ckit gambar je yg di ambil..ok layannnn




Gambar di atas adalah kaki pancing...







Gambar di atas ni pulak kaki tengok......

Aku xleh mancing lelame sebab si kecik ni ade...asyik bising je dia...


Korang Suke Korang LIKE

Eee..Takutnya..ULAR MASUK RUMAH..

Views

As' Salam dan Salam Sejahtera kepada semua...


Tengok title je dah gelikan...
Ini lah yang paling takut dan geli...isshhh....
Sekarang ni musim hujan...sejuk je kan ...
Baru-baru ni, ULAR masuk rumah aku..
Baru perasan dia duk situ jam 12.30 Malam...
Baru nak tdo...dikejutkan oleh hubby menyatakan ade ular..ape lagi..terkejut le aku..
Bilik tu kosong, cuma di isikan barang-barang x pakai je...jarang masuk bilik tu...
Ooo..tidak...dia baik nye landing kat atas batu angin( yang kat atas tingkap tu.)
Cam xcaye . Rupe-rupenye ular tu masuk melalui tingkap bilik yang tak ditutup..
Salah sape??? bukan salah aku yer..
My Hubby punye silap, dia lupe mau tutup tingkap.dia pun takut gak..
Sib baik Ular Sawe, bukan Ular Tedung..lau tak..xtau nak wat ape..masing2 penakut
Hubby call adiknye, suh bawak geng yang pandai tangkap ular..
Sebelum tu panggil le jiran sebelah, kot2nye dia pandai gak..
Dia cuit2 ular tu kat batu angin, leh ular tu menjalar kat dinding, trus g belakang almari..
dah akhirnya dia jatuh..eee..lagi le aku takut..
Adik hubby datang dan tertangkap le ular tu...

 the moral of story...
* Semenjak tu, asal aku g keje je mmg tingkap depan or belakang sentiasa tertutup...
* Nasib baik nampak ular tu, lau xnampak kan satu hal lagi...
* Jangan pandai2 nak tangkap sendiri( nanti dia belit..tak pasal2)
* Sib baik pintu bilik tu sentiasa ditutup, yele mane tau lau terbuka, dia siap jenjalan dalam umah tu...jauhkan lah..


Korang Suke Korang LIKE

Tutorial Buang Ruang Kosong Dibawah Kotak Komen

Views
As' Salam kepada semua...
Hai semua.....
Hari ni nak buat tutorial lagi...
Kali nak buat tutorial tentang ruang kosong di bawah kotak komen..
Korang perasan tak..ala..cube tgk gambar di bawah ni..


Korang Suke Korang LIKE

WAJIB BACA: 4 Golongan LELAKI ke NERAKA

Views
As' Salam kepada semua...
* entri hari ini adalah sebagai pengetahuan dan pengajaran untuk kite semua..




Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.

Mereka ialah;-

Korang Suke Korang LIKE

Tutorial Buat Widget Halaman

Views
As' Salam kepada semua...
Ok, ni tutorial yang ke-3 yang saya nak buat dah telah pun saya buat di blog..
Sebagai contoh:-




Korang Suke Korang LIKE

Tutorial Auto READ MORE bergambar

Views
As' Salam kepada semua...

Ok, hari ni nak belajar tutorial yang ke-2 pulak..hihi

Tapi, mgkin dah ketinggalan kot pasal AUTO READ MORE ni..sebab dah ramai BLOGGER2 yang dah buat tutorial ni..tapi xpe, kite blajar jugak..

Sebagai contoh...



Korang Suke Korang LIKE

Soffiya

Views
As' Salam kepada semua...

hari ni xtau nak tulis entri pasal ape herk...
tetiba teringat plak satu cerita kat TV3..
ala...cerita terbaru Slot Akasia tu menggantikan KASIH ALIA..




Laman FB nye SOFFIYA

tengok2 macam best jer..Pelakon dia pun MELETOP...
yang tak sangka plak tu nama watak pelakon si Syazwan Zulkifly tu MUIZ..sama cam nama anak bujang ku..
bila sebut je nama MUIZ kat TV tu confirm dia suke..hihihi

ok.berbalik kepada cerite dia ni..nampaknye mmg best..layan jugak la..
Jalan cerite baru bermula..jadi kenal tengok dari awal baru tau kesudahannya...

Selamat Menonton...
Korang Suke Korang LIKE

Tutorial Letak Kotak Komen FACEBOOK tanpa buang kotak komen BLOGGER

Views


As'Salam kepada semua..


Ni..First time nak cube buat TUTORIAL untuk Blog..
Lau sudi cube la yer...


Sebagai contoh:-


Komen Biasa dari Blogger


Komen Guna FaceBook


Korang Suke Korang LIKE

RAHSIA: Kenapa Cincin Disarungkan di Jari Manis~

Views

Tertanya-tanya kenapa biasanya pengantin sarung cincin perkahwinan di jari manis? Ini jawapannya. Satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya pertemukan hujungnya (lihat gambar).


Korang Suke Korang LIKE

Kaum HAWA: Berhati-hatilah....

Views




Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!!


Korang Suke Korang LIKE

Perlukah Mengadakan Rumah Terbuka???

Views
As'salam..dan selamat sejahtera....

Sebelum tu nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua..

"Kengkawan nanti jemput datang rumah yer..ade wat open sikit la...."
ha... tu biasa lah ayat yang biasa kite gune untuk jemput kengkawan untuk berOPEN HOUSE di rumah kite kan..kan..kan...

Korang Suke Korang LIKE

MERIAHNYA Di hari raya....

Views
As salam....

Kepada semua selamat HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir dan batin
dan,
Selamat kembali BEKERJA kepada pekerja-pekerja ..
Selamat kembali ke SEKOLAH kepada anak-anak dan cikgu-cikgu.. dan
Selamat duduk di rumah kepada suri-suri rumah dan para penganggur semua..hahaa

tahun ni tema raya warna purple
tahun niramai pulak yang bertemakan warna purple
adeh.....
tapi xpe la kan...janji meriahnye di hari raya..
ni serba sedikit gambar kemeriahan di hari raya...


Abah dan Mak Mertua

Korang Suke Korang LIKE

Ramadhan Makin Menghilang Syawal Bakal Menjelma

Views
As salam....

rasa macam cepat je masa ni berlalu kan...
Ramadhan kali ni agak cepat pergi...
pejam celik pejam celik arini dah 22 Ramadhan..
2/3 hari lagi orang dah start balik kampung...
termasuk lah aku ni...

Tahun ni balik rumah mak n abah untuk raya pertama...
tentu meriah dengan Family yang besar...

ape yang menariknye tahun ni kite semua sambut MERDEKA RAYA bersama-sama...
rasenye yang paling meriah mestilah HARI RAYA kan..
sebabnye sambutan Merdeka akan di postpone ke bulan 9.Sambut dengan Hari Malaysia pulak..
lagi la seronok..

Korang Suke Korang LIKE

KISAH WANITA DAN SEBUNGKUS BISKUT

Views
Coretan ini hanyalah sekadar untuk menjentik minda dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun dengan orang yang sudah tiada.
Kisah ini berlaku di salah lapangan terbang. Seorang wanita membeli sebungkus biskut dan disimpannya dalam beg tangannya. Sementara menunggu waktu berlepas, beliau singgah di sebuah restoran.
Wanita itu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di restoran tersebut, dimana seorang lelaki sedia ada duduk di sebelah wanita tersebut.
Kebetulan tiada lagi tempat/ meja lain tanpa pelanggan. Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya. Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas meja itu.

Korang Suke Korang LIKE

2nd BIRTHDAY my SON

Views



Korang Suke Korang LIKE

HOME SWEET HOME ...selepas terbakar....

Views
As salam kepada semua...

ok..sempena kedatangan bulan Ramadhan ini aku harap dapatlah ibubapaku berpindah ke rumah baru di tempat tanah yang sama secepat yang mungkin..Rumah dah siap tp, cume letrik je lum masuk..tahun ni raya rumah baru le nampaknya....

Atas kerjasama / tolong menolong adik-beradikku akhirnya rumah telah disiapkan dengan menambah dibahagian belakang rumah PPRT yang di bantu oleh kerajaan beserta tambahan rumah belakang hasil dari sumbangan orang ramai..akhirnya dapat la rumah yang besar ckit dari rumah yang lama yang luasnya dulu 1 padang bola sepak..

semasa dalam pembinaan...




dah siap dah.............



Diharapkan semoga ibubapaku gembira dan bersyukur dengan KEDIAMAN BARU mereka  ini...
Korang Suke Korang LIKE

RAMADHAN KEMBALI..

Views
As salam pada semua........

Lama betul dah x update entry ni...yela xde ape cerite yang menarik nak di kongsi...

Ok..sebelum tu nak ambil kesempatan nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL - MUBARAK kepada semua kaum muslim dan muslimah yang bakal menjelma lagi 10 hari dari sekarang...




Lafaz Niat Berpuasa

Maksudnya :
Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala


larangan-larangan ketika berpuasa:-

Doa Berbuka Puasa


Maksudnya :
Ya Allah, keranaMu aku berpuasa, denganMu aku beriman dan dengan rezekiMu aku berbuka dengan rahmatMu wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang



Korang Suke Korang LIKE

Chicken Pox Kembali Lagi...

Views
Mgg ni baru mule keje semula disebabkan oleh penyakit yang melanda si kecik..masa dia umur 1thn 2 bln dah kene dah, tp still kene balik.entah lee...samada kene chicken pox @ cengkering..Dua2 benda alah tu sama ke?? aku pun xtau..Dr kata Chicken pox..ayah+mak aku kata cengkering..ape2 je lah..janji si kecik dah ok..hanya tinggal serpihan2 nye aje..Tp, sib baik dia xmeragam sepanjang kene penyakit tu..lau x,xtdo malam la gamatnye aku....macam2 cra aku gune.air kelapa,daun semambu, daun ceremai, krim dari klinik, antibiotik, minyak ubat...akhirnya berjaya juga dia baik..mule2 baru nak kene ade benjolan kat kepala si kecik, ingatkan bisul ke,ape ke?? cuti hari wesak aku botakkan rambut dia, baru la nampak benjolan tu..tumbuh ckit demi sedikit..rupe2nye kene penyakit tu...chicken pox @ cengkering .

sebelum dibotakkan rambut..

botak sudah..

baru2 nak kene


dah berjangkit di seluruh muka

badan pun dah ade

belakang paling teruk

Korang Suke Korang LIKE

BERHATI-HATI MELAWAT ORANG MENINGGAL...

Views
Sekadar Pengajaran...ALLAH MAHA BESAR..
Pengalaman Seorang Teman...





Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Korang Suke Korang LIKE

Susu Terakhir Buat Si Kecil

Views
Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".



Korang Suke Korang LIKE

Kebakaran di rumah Hj Mohd Noh Bin Hj Aman ( 21/4/11 jan 3.30 pm)

Views

Korang Suke Korang LIKE

TRAGEDI KEBAKARAN DI RUMAH FAMILY KU..(21/4/11 jam 3.30 petang)

Views
Hari khamis keje sekerat hari je, sbb nak bawak si kecik g check-up kat klinik..tb2 dapat panggilan dari abg bagitau rumah mak & abah kat kg terbakar..berderau hati ku mendengarnye..igtkan ckit je..xpuas hati call la no tel rumah, xdapat..call abah ngan abg pun xdapat..lastly call umh mak saudara sebelah..sepupu angkat n ty kadaan rumah mak & abah..dia kata HABIS RUMAH KAU...terfikir sejenak...macam mana ngan mak, abah, abg n anak2 buah aku????aku dah mula xtentu arah...trus kemas2 barang n terus balik ke kg...dalam perjalanan balik, aku try call akk aku dia kata semua selamat tp, rumah abis la terbakar..satu barang pun xdapat diselamatkan...sampai je rumah aku mengucap panjang tengak kadaan rumah ku...alangkah sedihnya umah ayg aku dibesarkan hilang sekelip mata...yang tggal hanya abu2, besi2, yang hanya sudah hitam...ape2 pun aku bersyukur kerana semua yang ade di dalam rumah terselamat...HANYA TINGGAL KENANGAN...

SEBELUM ...



SELEPAS...











BANTUAN DARIPADA PELBAGAI PIHAK...TERIMA KASIH SEMUANYA











Korang Suke Korang LIKE

Dapur Tanpa Sempadan...

BEN ASHAARI

! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !