Pages

Perlukah Mengadakan Rumah Terbuka???

Views
As'salam..dan selamat sejahtera....

Sebelum tu nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua..

"Kengkawan nanti jemput datang rumah yer..ade wat open sikit la...."
ha... tu biasa lah ayat yang biasa kite gune untuk jemput kengkawan untuk berOPEN HOUSE di rumah kite kan..kan..kan...

Bagi yg mampu, elok sangat la buat rumah terbuka.
Tak kira la individu atau syarikat.
Jemput sedara2,kawan2 dan juga terbuka pada yg tak kenal.
Tader masalah punya bagi yg mampu.
Kalo tak mampu? Buat setakat kemampuan la.

Istilah rumah terbuka biasanya digunakan bila hari raya.
Padahal konsepnya lebih kurang sama dgn jemputan kenduri kendara lain2nya. Kawin ke, bukak rumah baru ke, doa selamat ke.
Tak perlu lah nak kaitkan perkara baik begini dgn cedukan budaya asing dan sebagainya.

Melalui rumah terbuka juga kita bleh tau tuan rumah ada kat rumah ke tak. Macam biasa2, main redah je nak pegi rumah org, skali tuan rumah takde. apasal tak inform awal. padan le muke..hihi

Puasa 6 dlm syawal adalah sunat. Menghadiri jemputan adalah wajib. Tak perlu merasa perkara wajib sebagai penghalang melakukan sunat. Semuanya (sunat&wajib) kembali dan dinilai oleh Allah.

Islam juga menggalakkan kita jemput orang dtg kerumah walaupon sekadar jemput 2,3 org utk kita jamu kat rumah. Semoga diturunkan rahmat. Jangan seumur hidup kita tak pernah jemput sapa2 pon dtg kerumah. Ini boleh dipraktikkan salah satu caranya dgn mengadakan open house.

Berbalik pada perkara utama..
Buat bagi yg mampu. Sekadar kemampuan.
tak semestinya kena jemput terlalu ramai org.
Dan jgn lupa, elakkan pembaziran.
Niat? tak cakap pon semua tau. Dlm apa jua amalan niat kena betol.

Kesimpulanya.. kena caranya, takde masalah sapa2 pon nak buat rumah terbuka. Bahkan memang dianjurkan dlm Islam. Bukankah islam itu merangkumi segenap cara hidup.

Yang mungkin boleh dipertikaikan ialah majlis tahlil arwah yg biasa dibuat keluarga simati. Kadangkala dilihat membebankan. tak buat nanti ada pulak yg mengata.
Apa hukum sebenar?
Bagaimana cara sebenar mengikut cara islam?
Bukankah nabi mengajar supaya sahabat keluarga simati yg perlu menjemput/menjamu keluarga simati makan dan tenangkan mereka.
Budaya mana sebenarnya ni?

Ape2 pun NIAT tu paling penting. Niat nak eratkan hubungan silaturrahim dan bersedekah serta beramal..
Jadi kesimpulannya sekiranya nak buat, bersederhanalah dan jang membazir..

*p/s: Tahun ni aku xbuat pun...bajet lari la..hihihi.
         Kalau nak datang ..dipersilakan lah..rumah sentiasa OPEN untuk kengkawan, sedara mare semua...
Korang Suke Korang LIKE

Comments
0 Comments

0 ulasan:

Post a Comment

* As'Salam...
* Sila tinggalkan komen korang kat sini..
* SATU pun jadik la...hihihi.

Dapur Tanpa Sempadan...

BEN ASHAARI

! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !