Pages

WAJIB BACA: 4 Golongan LELAKI ke NERAKA

Views
As' Salam kepada semua...
* entri hari ini adalah sebagai pengetahuan dan pengajaran untuk kite semua..




Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.

Mereka ialah;-

1. Ayahnya


Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

p/s : Wahai lelak yang bergelar ayah, bagaimanakan hal keadaan anak perempuanmu sekarang?? Adakah kau mengajarnya bersolat?.. menutup aurat?.. pengetahuan agama?..Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.

2. Suaminya



Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandanga kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

p/s: Wahai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang??..Dimanakah dia?Bagaimanakah akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.



3. Abang-abangnya

 Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran islam, tunggulah tarikah adiknya di akhirat kelak.

p/s: Wahai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas..kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak..jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutip aurat.



4. Anak Lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibunya membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainnya..maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak..dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

p/s: Wahai anak-anak lelaki..sayangilah ibumu..nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa..kerana ibu juga insan biasa, tidak lepas dari melakukan dosa, selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka..jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.


Lihatlah..betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaj di dunia malah diakhirat pun tarikanyya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah,suami,abag atau anak harus memainkan peranan merena. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu.."
 

Korang Suke Korang LIKE

Comments
1 Comments

1 ulasan:

Pendamba Mawar said...

insyallah sy elak daripada menjadi penghuninya..

jom komen entri sy..
sy follow zuraida..:)

Post a Comment

* As'Salam...
* Sila tinggalkan komen korang kat sini..
* SATU pun jadik la...hihihi.

Dapur Tanpa Sempadan...

BEN ASHAARI

! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !