Pages

Panas Baran | SEJUKKAN AMARAHMU...

Views

As' Salam kepada semua...



Hari nak buat entri pasal Marah vs Panas Baran...


Cuba korang tanya pada diri sendiri sama ada korang ni pernah berasa marah atau tidak? tanya juga pada diri korang adakah korang seorang yang panas baran atau sebaliknya? Mungkin korang sukar utk menjawab soalan tersebut ataupun untuk menilai diri sendiri. Jika begitulah keadaannya, apakata korang bertanya pula kepada orang sekeliling, terutama kepada pasangan korang, ahli keluarga atau rakan yang rapat dengan korang. Mungkin hanya dengan cara itu korang perolehi jawapan yang diperlukan.

| PEMARAH |

Mengapa agaknya manusia begitu mudah untuk menjadi marah? Jika keadaan kemarahan kita tidak boleh dibendung, ia akhirnya akan merubah kepada sikap. Sikap ini disebabkan terlalu kerap atau mudah untuk merasa marah. Cuba tanya pada diri kita, boleh atau tidak kita mengawal kemarahan? Jika kita masih boleh mengawal kemarahan, ini menunjukkan kita bukan dari kategorikan orang yang panas baran.


| PANAS BARAN |


Bila kemarahan berganda, maka ia menjerumus kepada tabiat. Pantang silap sedikit, kita terus menjadi marahKemarahan ini tidak dapat dikawal. Ianya secara tidak langsung menjadikan tabiat kepada sikap. Sikap panas baran yang tidak kawal inilah yang akan menjadikan orang di sekeliling tidak boleh menghormati kita. Betul tak ????
Sikap panas baran yang tidak boleh dikawal akan menyebabkan kita tergolong dalam kategori orang berpenyakit. Penyakit ini dinamakan penyakit emosi. Jika ianya tidak dikawal atau dirawat, ia seterusnya akan mengundang kepada gejala-gejala atau keadaan yang lebih buruk. Bayangkanlah apabila kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menyebabkan ada segelintir individu yang sanggup melakukan perkara-perkara seperti mendera mahupun membunuh.

| BAGAIMANA MENGATASI PANAS BARAN |
Jika diikutkan penyakit emosi ini masih boleh dirawat. langkah yang boleh diambil adalah muhasabah diri. Buat penilaian tentang diri. Fikirkan dahulu sebelum memikirkan apa tindakan yang perlu diambil. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu. Memang jika kita fikirkan tentang kemarahan, ia boleh mengundang kepada perasaan marah. Walaupun begitu, fikirkan kembali bahawa wajarkan kita bertindak sedemikian rupa? Matangkah kita dengan sikap yang sedemikian? Eloklah kita selidiki dahulu perkara atau keadaan sebenar. Jangan terlalu mudah mengambil tindakan sebelum membuat penilaian atau penyiasatan. Letakkan diri kita di dalam keadaan yang rasional tanpa dikuasai dengan emosi. Tindakan yang di dahului dengan emosi akan mengakibatkan perkara yang buruk. Bagi mengatasi keadaan ini, kita harus berfikiran waras. Fikirkan sedalam-dalamnya. Fikirkan perasaan orang lain jika kita bersikap marah mengenai satu-satu perkara. Harus diingat bahawa diri kita sendiri berkenaan jika sedemikian rupa bukan?
Cara terbaik, fikirkanlah bahawa setiap daripada kita mempunyai kelemahan dan kekurangan masing-masing. Jadi, jika kita mempunyai sikap panas baran, dengan jelas menunjukkan kekurangan diri kita yang tidak berjaya mengawal diri sendiri. Jika kita mudah marah, ia menunjukkan bahawa diri kita dikawal oleh orang sekeliling.
 Jadi korang fikirlah. Selain itu, korang perlu bersikap positif. Sikap ini dapat membantu korang menangani masalah ini. Korang sendiri boleh mengubah cara hidup, jadi tanyalah pada diri sama ada mahu berubah atau sebaliknya.
Selain itu, bacalah zikir lailahaillaanta..

dan berselawat ke atas Nabi Muhamad S.A.W.


Korang Suke Korang LIKE

Comments
0 Comments

0 ulasan:

Post a Comment

* As'Salam...
* Sila tinggalkan komen korang kat sini..
* SATU pun jadik la...hihihi.

Dapur Tanpa Sempadan...

BEN ASHAARI

! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !