Pages

Ikan Duri Masak Asam Pedas..

Views
Ni menu malam tadi..ikan duri ni dapat masa hubby(ayah) mancing kat laut hari ahad aritu...ade yg dah masak..ni lebih ikan yg ade..wah..memang best la..asam pedas ni mmg kegemaran ayah..lau nak diikutkan seminggu 2 kali masak asam pedas..selalunye ikan pari atau pun ikan duri yg selalu masak..ayah cakap sedap..sampai hantar ckit utk mak mertua..fuhh..hingga menjilat jari..meh tgk resepinye..



ASAM PEDAS IKAN DURI


Bahan:
2/3 ekor ikan duri atau nak guna ikan pari pun boleh gak (basuh dengan air asam )
sedikit cili kering yang telah di blander
1 keping halia ~ hiris
3 ulas bawang kecil(merah)~hiris nipis

2 ulas bawang putih ~ hiris nipis 
1 batang serai ~ ketuk
sedikit lada hitam yang biji~tumbuk halus

sedikit serbuk kunyit
sedikit halba
1 biji tomato ~ potong 4
5 batang bendi
1 ikat daun kesum
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
garam
minyak masak

3 helai daun limau purut

Cara:
1. Tumiskan bawang putih, bawang mearah, serai dan halia sehingga kekuningan dan naik bau
2. Masukkan lada hitam, kunyit, halba, serbuk cili dan tumis lagi sampai garing dan pecah minyak
3. Masukkan air asam jawa + air secukupnya dan biarkan mendidih
4. Masukkan ikan, daun kesum, daun limau purut , tomato, garam secukupnya
5. Biarkan sekejap sehingga ikan empuk
6. Masukkan bendi, biarkan sekejap dan boleh hidangkan dengan nasi panas

Korang Suke Korang LIKE

Comments
0 Comments

0 ulasan:

Post a Comment

* As'Salam...
* Sila tinggalkan komen korang kat sini..
* SATU pun jadik la...hihihi.

Dapur Tanpa Sempadan...

BEN ASHAARI

! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !